PRINSIP ETIKA ISLAM
Apa itu Etika Islam??
Etika merupakan satu bidang falsafah yang
membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspeK- aspek lahiriah dan
batiniahnya .dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji
soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara untuk
mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sanis
dan teknologi
1) Keimanan kepada
Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimana kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral.
2) Kepatuhan kepada
Syariah dan etika.
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.
3) Mementingkan aspek
kemanusiaan dan ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa.
- Konsep Etika, Moral dan Akhlak boleh di definisikan sebagai berikut :
1. AKIDAH :
- Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifatNya, juga beriman dengan adanya malaikat,kita-kitab,para Rasul,Hari Akhirat dan beriman dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. -Prinsip ini menuntut suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau segala perbuatan manusia.
2. SYARIAH:
- Syariah bermaksud,aturan atau ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba- hambaNya seperti solat,puasa,zakat,haji dan seluruh kebajikan. -Berdasarkan prinsip ini, segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi, dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang ditunjukki oleh al-Quran dan As-Sunnah.
3. AKHLAK :
- Panduan tingkahlaku yang mulai melibatkan manusia dengan Allah,manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitarnya.
-Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang harmoni untuk mewujudkan keseimbangan yang terbaik.
AMALAN TERBAIK ETIKA ISLAM DALAM SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
- Keyakinan bahawa rezeki datangnya daripada Allah s.w.t. Kita seharusnya berusaha ke tahap yang sepatutnya, namun perlu diingatkan bahawa rezeki dan hasilnya datang daripada Allah s.w.t.
- Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan manusia.
- Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah s.w.t. akan memantau kerja manusia. Bukan majikan yang melihat kerja kita tetapi Allah yang melihatnya.
- Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik,pasti terbaiklah pulangannya.
- Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan manusia.Tiada kepentingan individu dan bertujuan hanya untuk menaikkan pangkat
- Mengekalkan keseimbangan,bersederhana dan konsistensi dalam melaksanakan tugasan.
- Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang memberi manfaat kepada alam dan manusia.
- Menjauhi mafsadah atau kerosakan dan kehancuran kepada urusan manusia dan alam.
PERLAKSANAAN ETIKA :
1.
No comments:
Post a Comment