Saturday, 19 March 2016

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
      a)      Adat dijadikan sebagai rujukan hokum

Dari segi bahasa “Al Adatu”  berasal dari perkataan “Al Audu” yang bermaksud pengulangan.  Oleh itu, secara istilah adat bererti perbuatan atau ucapan yang dilakukan berulang-ulang sehingga mudah untuk dilakukan kerana sudah menjadi kebiasaan.


Pengertian hokum syara’adalah peraturan Allah yang berupa ketentuan-ketentuan dan aturan-aturan tetang tingkah laku manusia yang berlaku dan bersifat mengikat bagi seluruh umat islam. Hukum syara’ ini juga biasa disebut dengan Hukum Islam. Hukum Islam ini terbahagi kepada 5 iaitu wajib, sunat, haram, makruh, dan mubah. Dan bagi umat Islam kita wajib memahami satu persatu pengertian hokum islam tersebut supaya kita tidak jadi salah persepsi.



DEFINISI FIQH
Fiqh
v  Suatu kefahaman.
Kaedah
v  Tapak,asas rumah dan prinsip.
Kaedah Fiqh
v  Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi
Menyelesaikan isu-isu  tertentu.
PENERANGAN KAEDAH
Ø  Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.
Ø  Keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan
Ø  Segala usaha hendaklah memenuhi  tujuan syariat  iaitu untuk memelihara  agama,nyawa,akal,keturunan dan harta manusia
Ø  Hasil kerja seharusnya dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.
PERANAN
·         Memudahkan pemahaman terhadap hukum.
Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi    menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan.
· Membantu menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains dan teknologi dan kejuteraan.
· Kaedah-kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan untuk diselesaikan agar mendapat rahmat dan berkat ilahi .

 SYARAT-SYARAT SERTA HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT
a)      Adat tidak bercanggah dengan syrak .
Adat membuat urusniaga diatas talian . Adat ini berkembang dengan kewujudan internet.Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urus niaga. Kaedah ini, bertentangan dengan syarak,yakni tidak dibolehkan membeli suatu yang tidak wujud didepan mata,tetapi ulama menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan dalam masyarakat. Ia tidak berlawan dengan semua aspek hukum
b)    Adat yang diterima hendaklah diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara meluas.
Amalan ini, ialah adat menunaikan solat terawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya  solat terawih tidak semestinya diadakan secara berjemaah . bahkan sebenarnya , elok ditunaikan dirumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga . 
c)    Adat dalam satu-satu tindakan sudah wujud
Kejadian adat itu berlaku sebelum sesuatu tindakan dilakukan dan ketika tindakan itu berterusan sehingga masa berlakunya tindakan itu. Ini bermaksud tidak harus diamalkan adat yang baru timbul. Adat mendahului syarak sahaja yang dikira sah. Contohnya mewakafkan harta kepada anak yatim .
d)    Tidak ada perkataan dan perbuatan secara terang-terangan bertentangan dengan adat
Tidak harus berpegang kepada adat apabila kedua-dua pihak berakat setuju mengetepikan adat yang biasa diamalkan. Keperluan merujuk kepada adat hanya apabila kedua-dua pihak diam. Contohnya hantaran berupakan peralatan peribadi pengantin perempuan berupa perkhiasan , pakaian dan makanan biasanya tidak termasuk dalam kiraan mas kahwin seperti diamalkan masyarakat melayu . Ia menjadi sebahagian mas kahwin jika kedua-dua pihak bersetuju atas perkara itu .
 HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT
·         ADAT YANG  BERTENTANGAN DENGAN SYARAK
  
            Adat perpatih yang mengutamakan anak perempuan dalam pembahgian harta pusaka merupakan adat yang bercanggah dengan ajaran agama Isla .Hal ini kerana, Islam  mengutamakan lelaki dalam pembahgian harta pusaka.
            Adat batal mesti ditolak.Contohnya,adat mandi menolak bala pada bulan safar. Ia tidak termasuk bab muslahat  untuk terus mengharuskanya,masyarakat tidak pincang jika adat ini tidak diteruskan .
            Mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti adat mempercayai tilik nasib yang ditegah syarak .Firman Allah didalam  Surah AL-MAIDAH  ayat 90  bermaksud “wahai orang beriman sesungguhnya arak,judi,mpenyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia dari perbuatan syaitan”.
·         ADAT YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARAK
            Bertunang merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat umat  Islam sebagai ikatan untuk mengelakkan daripada fitnah daripada masyarakat berdekatan .
            Adat berkabung yang dilaksanakan bagi menghormati kemangkatan pembesar diraja atau kematian pembesar mana-mana negeri adalah harus dan dibenarkan .Hal ini demikian kerana,berkabung termasuk dalam hukum adat.
            Memakai tangkal yang dianggap sebagai pelindung utama kepada mereka adalah kurafat kerana lebih mempercayai tangkal daripada kekuasaan Allah .
            Secara umum masyarakat melayu dahulu mengamalkan adat-adat tertentu ,mana-mana adat yang diamalkan sesuai dengan matlamat,ia diteruskan sebagai adat yang boleh diterima.Contohnya, adat bersanding.
Hujah mengenai adat .
a)    Perubahan hukum disebabkan perubahan masa .
Tidak dinafikan adat dan keperluan manusia berubah mengikut masa. Sesungguhnya hukum-hukum dikeluarkan ulama terdahulu berasaskan kepada adat ketika itu. Contohnya ulama terdahulu menghukumkan merokok sebagai makruh kerana  tidak ada bukti ia membahayakan kesihatan. Tetapi ulama terkini menghukum perbuatan merokok itu haram kerana bukti perubahan jelas membuktikan perbuatan itu membahayakan kesihatan .  ini menunjukkan perubahan itu berdasarkan perubahan semasa .
b)    Perbezaan hukum berdasarkan perbezaan tempat .
cara hidup manusia berbeza mengikut tempat tinggal . Mereka memerlukan hukum tertentu untuk digunapakai di tempat berkenaan. Contohnya orang dikawasan kutub menghadapi kesukaran menentukan waktu sembahyang , yang mana waktu siangnya berbulan-bulan begitu juga waktu malam .


MENYENTUH  AL-QURAN DALAM TELEFON BIMBIT
Ulama menetapkan kewajipan seseorang itu untuk berada dalam keadaan bersuci ketika menyentuh mushaf Al-Quran (bukan ketika membacanya) adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazam Bahawa tidak boleh memegang al-Qur’an kecuali orang yang suci
Juga berdasarkan firman Allah SWT:
Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci (Surah Al-Waqi’ah :79)

Yang ulama fahami daripada takrif istilah mushaf adalah sebuah kitab yang padanya dihimpunkan segala ayat Al-Quran dalam bentuk dicetak secara jelas. Maka atas kefahaman ini, mereka juga bersepakat bahawa dalam telefon bimbit sebarang buku yang bukanlah berbentuk tulisan khusus berkenaan ayat Al-Quran seperti kitab agama, tafsir Al-Quran dan lain-lain tidaklah diwajibkan untuk berada dalam keadaan bersuci ketika menentuhnya.
Kembali kepada persoalan berkenaan menyentuh Al-Quran yang telah dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Pertamanya sifat Al-Quran di dalam telefon tersebut bukanlah disifatkan sebagai mushaf, ini kerana Al-Quran yang kita lihat itu hanyalah berbentuk sebuah gambar yang dipancarkan serta bukanlah suatu tulisan yang bercetak.
Jadi apabila sifat tersebut bukanlah mushaf maka hilanglah kewajipan menyentuhnya dalam keadaan berwudhuk. Ini yang disebut dalam kaedah fiqh :
Jika halangan telah hilang maka hal terlarang kembali seperti semula (harus)
Keduanya sifat Al-Quran yang ada di dalam telefon tersebut hanyalah salah satu kegunaan berbanding banyak kegunaan lain yang wujud di dalam telefon seperti menelefon, menulis mesej dan lain-lain. Berbeza dengan mushaf Al-Quran yang tidak mempunyai fungsi lain selain daripada membacanya.
Pandangan inilah yang dipegang oleh ramai ulama semasa seperti Dr Muhd Soleh Munjad, Syiekh Solah Fauzan, Darul Ifta’ Mesir dan ramai lagi.
Cumanya mereka menegaskan, adalah perlu bagi kita untuk memastikan ketika mana kita masuk ke tandas atau tempat-tempat lain yang dilarang padanya membawa Al-Quran atau pun ketika meletakkan telefon di tempat yang rendah, kita hendaklah memastikan aplikasi Al-Quran tersebut telah ditutup dan tidak terpampang pada skrin telefon bimbit bagi menunjukkan hormatnya kita terhadap Kalam Allah SWT.

 

HUKUM MENGGUNAKAN PERKAKAS ORANG BUKAN ISLAM

Hukum asal bagi bekas atau perkakas orang bukan Islam adalah suci selagi tidak ada bukti kukuh bahawa bekas atau perkakas itu digunakan untuk menyediakan makanan yang bersifat najis, seperti arak dan khinzir.
Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat orang bukan Islam yang merupakan peminum arak atau pemakan daging khinzir, dan ada yang bukan peminum arak dan pemakan khinzir. Jika orang bukan Islam itu tidak diyakini sebagai peminum arak atau pemakan daging khinzir, maka saudara tak perlu mempersoalkan kesucian bekasnya. Hal ini kerana hukum asal bagi bekas mereka adalah suci.
Namun jika orang bukan Islam itu memang dikenali sebagai peminum arak atau pemakan khinzir, maka wajarlah saudara memastikan adakah bekas yang digunakan itu dicemari najis atau tidak. Bertanya dengan sopan dan penuh adab tidaklah menjadikan teman saudara yang bukan Islam itu terasa hati.
Jika bekas itu bernajis, maka kita mempunyai dua pilihan, iaitu:
1. menggunakan bekas lain, atau
2. membasuh bekas yang bernajis itu sebelum digunakan.
Hal ini berdasarkan hadis Rasululah SAW:
Abu Sa’labah meriwayatkan bahawa beliau berkata kepada Rasulullah SAW, “Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?” Jawab Rasulullah saw, “Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya.” Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW meminta kita menggunakan bekas lain sebagai pilihan pertama. Hal ini menunjukkan bahawa pilihan kedua, iaitu membasuh bekas yang bernajis itu sebagai pilihan yang kurang baik, iaitu makruh. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa makruh menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis.

 

Al-QURAN DIBACAKAN OLEH ORANG KAFIR

Adalah diharuskan bagi orang kafir untuk membaca, mendengar, mempelajari dan mengulangi bacaan Al-Quran dengan niat untuk mendapat hidayah Islam.
Orang kafir tidak dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran, sebaliknya mereka diharuskan untuk menyentuh Al-Quran terjemahan jika mahu mendalami Al-Quran dan Islam.
Adapun jika Al-Quran dibaca oleh orang kafir dengan niat berlakon alim dan seolah-olah hendak mengajar orang Islam dan mempermainkan ayat suci Al-Quran, maka ia diharamkan.
Apa yang kerap berlaku ialah ada ahli politik bukan Islam berceramah dan berhujah menggunakan dalil ayat Al-Quran bagi memenangkan pendirian politik mereka sedangkan ayat itu digunakan dalam konteks yang salah.
Sebaiknya, rakannya yang beragama Islam mengajarkan ahli politik kafir itu ayat-ayat Al-Quran supaya dia mendapat hidayah, bukannya untuk mengangkat ahli politik kafir itu nampak hebat di mata orang Islam dengan kebolehannya berhujah tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.
Sekiranya ada ahli politik bukan Islam yang membaca ayat Al-Quran dan menjelaskan sistem Islam adalah yang terbaik dalam politik dan pemerintahan, maka ia dibenarkan.
PENGGUNAAN INHALER KETIKA BERPUASA
Sebahagian ulama’  berpandangan bahawa penggunaan Inhaler akan membatalkan puasa kerana kandungan inhaler akan masuk ke dalam perut melaui mulut.
Dan menurut kebanyakan ulama’ pula, penggunaan Inhaler tidak membatalkan puasa. Dalil dan hujah-hujah mereka adalah seperti berikut:
1. Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit. Oleh hal yang demikian, hukumnya tidak membatalkan puasa, diqiyaskan dengan hukum berkumur-kumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).
Satu alat inhaler mengandungi 10 ml cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1ml. Setiap semburan tidak sampai 1 titis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut.
Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, diqiaskan kepada air yang terlekat pada tekak selepas berkumur kumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburan inhaler yang masuk. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (yang hanya boleh dilihat dibawah sinar x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan dan ia lebih ringan berbanding kemasukan bahan tersebut ketika berkumur kumur dan istinshaq.
2. Semburan yang masuk ke dalam perut, satu perkara yang belum pasti sebaliknya masih diragui, mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak. Perkara yang yakin, tidak dapat dihilangkan dengan perkara yang ragu-ragu (al-yakin la yuzalu bi as-syak).
3. Tindakan ini adalah tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi makanan (nutritive).
4. Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ka dalam perut, sebaliknya hanya ke dalam ruang di dalam paru-paru sahaja.
5. Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak (kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak.
Di dalam Sahih Al-Bukhari daripada ‘Amir bin Rabi’ah, katanya:
“Saya melihat Rasulullah s.a.w bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan Baginda berpuasa.”
Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.

 

HUKUM MENUKAR NAMA DAN BER ‘BIN’ ATAU ‘BINTI’ KEPADA ABDULLAH

Bernamakan dengan nama yang baik-baik maknanya adalah tuntutan syarak. Rasulullah SAW suka kepada nama-nama yang bermaksud baik, dan tidak suka kepada nama-nama yang bermaksud tidak baik. Baginda bersabda (riwayat Muslim):
“إن أحب أسمائكم إلي الله عبد الرحمن وعبد الله”
Perlu diingatkan bahawa nama-nama yang mempunyai makna yang baik ini tidak semestinya di dalam Bahasa arab. Jika sekiranya seseorang itu masuk Islam, dan beliau telah mempunyai nama yang baik (mengikut bahasa beliau), maka ini juga termasuk di dalam kategori mempunyai nama-nama yang baik dan dibenarkan. Tetapi jika nama-nama beliau mempunyai makna-makna yang tidak baik (dalam kategori nama yang makruh), maka disunatkan menukarkan namanya dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Namun jika sekiranya, namanya mempunyai makna yang tidak baik, dan termasuk di dalam kategori haram, maka menukar namanya adalah diwajibkan.
Namun apakah hukumnya jika sekiranya nama beliau mempunyai makna yang baik (di dalam bahasa beliau), tetapi beliau masih mahu menukar nama tersebut? Hukumnya adalah harus. Ibn Rusd menyatakan (al-Bayan wa al-Tahsil: juz 14/ 379):
“أما تسميته باسم من أسماء الإسلام، فلا كراهة في ذلك
Namun jika sekiranya nama sebelum Islam beliau adalah nama yang popular sebagai suatu nama kafir (seperti nama paderi atau sebagainya), pada pandangan saya adalah lebih baik ditukar. Bahkan terdapat ulama yang mewajibkan untuk ditukar. Ibn al-Qayyim menyatakan (Ahkam ahl al-zimmah):
“ولا يجوز للمسلمين أن يتسمون بذلك، لما فيه من المشابهة فيما يختصون به”
Sheikh Abdullah bin Baz juga berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk menukar nama kepada nama yang lain, jika sekiranya nama beliau adalah Antara nama-nama yang terkenal di kalangan orang Kristian. Ini adalah untuk mengelakkan agar orang menganggap bahawa beliau adalah seorang Kristian.

 HUKUM BERBINKAN ABDULLAH APABILA MASUK ISLAM
Pada hakikatnya, tiada sebarang kewajipan untuk membinkan beliau dengan “bin Abdullah”, bahkan tidak mengapa untuk mengekalkan nama keluarga beliau, kerana para sahabat juga tidak pernah menukar nama ayah mereka apabila memeluk Islam, bahkan Rasulullah SAW juga memanggil mereka dengan nama ayah mereka (Ibn al-Qayyim: Ahkam Ahl al-Zimmah).
Bahkan Imam Malik pernah menyatakan ketidaksenangan beliau apabila seorang lelaki yag telah masuk Islam dan kemudiannya menukar kepada “bin Abdullah”.

“سئل مالك عن رجل أسلم فتسمي باسم إسحاق, ة أبوه نصراني, فإذا قيل له من أنت؟ قال: أنا إسحاق بن عبد الله. قال: ترك ذلك أحب إلي”
“Imam Mali pernah ditanya berkenaan dengan seorang lelaki yang masuk Islam dan diberi nama Ishak. Dan ayah beliau adalah seorang yang beragama kristian. Apabila ditanya kepada beliau, “siapa kamu”, beliau akan menjawab: ‘Saya Ishak bin Abdullah”. Imam Malik berkata: “Kalau ditinggalkan (bin Abdullah), aku lebih suka”.
Pada pandangan saya, Imam Malik merasa tidak selesa kerana khuatir bahawa orang mungkin salah faham dan menganggap bahawa beliau adalah anak seseorang yang bernama Abdullah. Namun begiu, terdapat ulama yang membenarkan, dengan syarat tidak ada sebarang niat tidak baik atau penipuan dengan berbinkan Abdullah itu (al-Bayan al-al-Tahsil).




No comments:

Post a Comment