Tuesday, 15 March 2016

5 Prinsip Syariah Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan.

Pengenalan  Syariah

Syariah Islamaiah adalah kumpulan peraturan samawi yang diturunkan Allah swt melalui Nabi Muhammad saw agar menjadi peraturan, petunjuk dan kesejahteraan umat manusia di muka bumi. Ianya merupakan suatu yang rabbaniy kerana datang dari pencipta alam raya yang berwibawa (the most Authoritative Creator), agar dapat melindungi dan menjaga keharmonian serta kesejahteraan muka bumi dengan peraturan pencipta juga. Oleh yang demikian Islam datang dengan Syariah Islamiah di dalam segala bidang ilmu pengetahuan ketika manusia cuba dan bermaksud untuk membina tamaddun di muka bumi. Maka Syariah Islamiah telah didatangkan dari Allah swt dalam bentuk 'the utmost certitude knowledgeable and scientific regulation' – aturan Ilmu pengetahuan dan kepastian pakar bagi menyokong pembangunan sains dan teknologi, kejuruteraan, perindustrian dan peradaban insan sepanjang zaman. Tidak syak lagi bahawa, seiringan dengan ilmu teknologi, Allah swt telah menyediakan peraturan rabbaniy (dari sisi Allah swt, Tuhan pencipta alam semesta) untuk kebaikan pengunaan dan pengaplikasiannya agar sesuai dengan keperluan insan dan makhluk lain di alam raya ini. Jelas di dalam Islam, Allah swt tidaklah mengajar manuisa agar menjadi ahli sains, pakar teknokrat, jurutera-jurutera berwibawa dan ahli-ahli industri semata-mata, malah Dia telah menurunkan bersama dengan aturan untuk mengawal tingkah laku manusia dan nilai kebenaran sains dan teknologi tersebut dari disalahgunakan oleh mereka untuk tujuan-tujuan yang menyimpang dari pembangunan yang seimbang dan berfaedah untuk manusia dan makhluk –makhluk lain di muka bumi ini. Demikianlah peranan Syariah Islamiah perlu dilaksanakan demi kepesatan pembangunan sains dan kemajuan teknologi serta perindustrian sehingga hari kiamat agar kesan akhir daripada pencapain ilmu dan industri tersebut mampu memberikan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada umat manusia serta mampu mengelakkan persengketaan di antara manusia menggunakan kecanggihan teknologi yang dianugerahkan Allah swt itu.

Hubungkait antara Hukum Syarak dan fakta serta realiti saintifik dan teknologi mestilah konsisten dan seiring, kerana tanpa keputusan jitu dari sudut kepakaran dan profesional, hukum Syarak tidak dapat dijatuhkan atau ditentukan terhadap sesuatu kes saintifik dan aplikasi sesuatu teknologi tersebut. Maka jelasnya bahawa hukum hakam sangat berkait rapat dengan realiti dan keputusan pakar-pakar Muslim yang beramanah dengan Allah swt dan Rasulullah saw untuk menjadi pegangan dan standard piawaian di dalam Islam.

DEFINISI SYARIAH

Syari'ah Dalam Erti Istillah
Dalam erti istillah “al-syari’ah” berarti seluruh ajaran Islam yang berupa norma-norma  ilahiyah, baik yang mengatur tingkah laku batin (sistem kepercayaan/doktrinal)  maupun tingkah laku konkrit (legal-formal) yang individual dan kolektif.
Juga merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh ALLAH SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW
Dalam arti ini,  al-syariah identik dengan din, yang berarti meliputi seluruh cabang pengetahuan keagamaan Islam, seperti kalam, tasawuf, tafsir, hadis, fikih, usul fikih, dan seterusnya. (Akidah, Akhlak dan Fikih).


Syari'ah Dalam Erti Bahasa                                                               
Dalam erti bahasa al-syari’ah berarti norma-norma yang mengatur sistem tingkah laku individual maupun tingkah laku kolektif. Berdasarkan pengertian ini, al-syari’ah dibatasi hanya meliputi ilmu fikih dan usul fikih.
Juga beerti jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus[al-jathiyah:18
Syari'ah dalam arti sempit (fikih) itu sendiri dapat dibagi menjadi empat bidang:
    Ø  ‘ibadah
    Ø   mu’amalah
    Ø  ‘uqubah dan
    Ø  lainnya.

Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia .Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam kehidupan manusia.Manusia  akan mati tanpa air ,manusia akan sesat tanpa syariat.Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.


Kedudukan Syariat dalam Sains,Teknologi dan Kejuruteraan
Sains dan Teknologi mempunyai tiga peringkat kebenaran hakiki yang berkait rapat dengan Syariat Islam. Pertamanya pada ilmu dan teknologi tersebut ada nilai kebenaran, konsistensi, kekuatan, ketahanan, keharmonian, keseimbangan dan kekaguman (Uniqueness). Keduanya sewaktu perlaksanaan sains dan teknologi tersebut kepada manusia, haiwan dan alam sekitar, ianya perlu dipastikan agar tidak bercanggah dengan kepentingan dan kemaslahatan ketiga-tiga pihak tersebut. Ketiganya sains dan teknologi juga mempunyai Nilai boleh ubah dan ditingkatkan dari masa ke semasa, malah itulah nature kepada ilmu sains yang wajib berkembang dan meningkat berterusan menuju kesempurnaannya. (inilah yang dikenali oleh istilah Kalam umat Islam – al-hawadeeth – the continuous value added and upgrading process according to the very recent findings from the new researches conducted by Muslim scientist philosophers).

Syari‘at Islamiah datang dari ilmu wahyu dan daripadanya menjelaskan nilai Mutlak (absoluteness) dan Nisbi (positiveness) yang mesti ada pada sains dan teknologi semasa bagi umat Islam khasnya dan manusia amnya. Sekalipun dilihat bahawa kebenaran saintifik adalah terdiri daripada fakta, ciptaan, kreativiti, mekanikal, formulasi dan keupayaan tenaga rendah dan tinggi di dalam tenaga, elekterik, sistem solar, keupayaan medium pemindahan maklumat satelit dan sebagainya, namun dari sudut Islam dan spritual atau metafiziknya – telah berlaku di sana suatu proses pemerkasaan keupayaan insan melalui peningkatan maklumat saintifik dan penambahan metode aplikasi canggih dan ringkas untuk menghasilkan keupayaan luar biasa kepada sesuatu mesin dan teknologi ciptaan manusia. Di sinilah kuasa Ilahi dan serentak dengan ilmuNya, kuantiti dan kualiti yang relatif sedikit disalur dan disadurkan melalui pemikiran insan terhadap mesin dan perkakas teknologi moden hari ini. Maka, tidak ada pemisahan kekuatan Ilahi yang terpendam di dalam teknologi manusia dalam bentuk fakta, maklumat dan data-data yang sangat akurat dan pasti. Oleh itu ianya dinamakan saintifik dan berteknologi. Jika kekuatan Ilahi kepada manusia tidak berlaku melalui fakta, data saintifik dan teknologi, maka kejadian itu adalah melalui kekuatan ilmu Ilahi secara langsung dan ia sangat mengkagumkan manusia kerana tidak dapat dikesan masa, ruang dan lokasi beroperasinya ilmu tersebut. Maka perkara itu dinamakan Mukjizat dari Allah swt. 


Prinsip Syariah

Tawazun
 Mutlak dan Murunah
Mizan



Kesimpulan

Kesimpulannya Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Al-Quran merupakan sumber hukum Islam yang utama, asli dan abadi.Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, yang menjadi panduan kepada semua umat manusia. Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup untuk manusia dalam segala aspek kehidupan  Setiap perundangan hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jathiah ayat 18 yang bermaksud :

“Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar.”)


    Bagi ummat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Setiap permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali kepada syariah Islam agar setiap apa pun yang dilakukan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

















No comments:

Post a Comment