KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN KERINGANAN
Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedha ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :
1. Kekurangan : Kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.
2. Jahil : Suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar, namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.
3. Sakit : Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayamum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.
4. Musafir : Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya.
5. Terlupa : Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atas apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.
6. Paksaan : Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.
KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
· Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.
· Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
· Oleh itu , kaedah ini menunjukkan bahawa apabila berlaku sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak , maka kemudahan itu wajib dihalangnya daripada terus ditangung.
KESAN PEMAKAIAN KAEDAH FIQH
Di antara implikasi-implikasi pemakaian kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut:
1) Menjadi sandaran hukum kepada hakim untuk membuat keputusan
2) Membantu hakim untuk mengenalpasti isu-isu yang dipertikaikan.
3) Membantu hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan dengan seadil-adilnya berdasarkan kaedah fiqh
4) Sebagai hujahan hakim kepada isu-isu yang tidak mempunyai sumber hukum yang jelas seperti tuntutan harta sepencarian.
5) Membantu hakim mengenalpasti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan sesuatu isu seperti kaedah البينة علي المدعي واليمين علي من أنكر
6) Memberi panduan kepada hakim-hakim untuk menggunapakai sumpah dalam prosiding di mahkamah syariah seperti kaedah البينة علي المدعي واليمين علي من أنكر
7) Menjadi prinsip-prinsip asas di dalam memutuskan sesuatu kes jenayah syariah iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya seperti kaedah الأصل برءة الذمة
JENIS-JENIS KAEDAH FIQH
Jenis-jenis kaedah fiqh yang masyhur dikalangan ulama’ fiqh terbahagi kepada tiga jenis kaedah yang utama iaitu:
i) Kaedah am iaitu kaedah umum yang merangkumi lima kaedah asas yang dipersetujui oleh jumhur ulama’. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
a) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (الأمور بمقاصدها)
b) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (اليقين لا يزال بالشك)
c) Kesukaran membawa kemudahan (المشقة تجلب التيسير)
d) Bahaya mesti dihapuskan (الضرر يزال)
e) Adat dijadikan hukum (العادة محكمة)
ii) Kaedah kulliyyah iaitu kaedah yang mana terbentuk daripadanya hukum-hukum furu’. Daripada kaedah kulliyyah pula terbentuk kaedah juz’iyyah atau pecahan yang banyak sekali. Antara kaedah-kaedah yang terbentuk dari kaedah kulliyyah ini ialah:
a) Ijtihad tidak dibatalkan oleh ijtihad (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)
b) Apabila berhimpun halal dan haram dikira yang haram
(اذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام)
c) Hukum hudud gugur dengan sebab keraguan (الحدود تسقط بالشبهات)
d) Orang merdeka tidak masuk dalam kekuasaan (الحر لا يدخل تحت اليد)
e) Mendapat faedah sebabnya bersedia menanggung risiko (الخراج بالضمان)
f) Keluar daripada khilaf digalakkan (الخروج من الخلاف مستحب)
iii) Kaedah yang diperselisihkan di kalangan ulama’ mazhab dan mujtahid. Kesemuanya ada dua puluh kaedah antaranya:
a) Jumaat: zohor yang dipendekkan atau sembahyang menurut semestinya.
(الجمعة ظهر مقصورة أو صلاة على حيالها؟ قولان )
b) Apakah yang diiktibar itu lafaz akad atau maknanya
(هل العبرة بصيغ العود , أو بمعانيها؟ خلاف )
c) Talaq Raji’i, apakah ia memutuskan perkahwinan atau tidak
( الطلاق الرجعى, هل يقطع النكاح أو لا؟ قولان )
Definisi pengertian kaedah fiqh terbahagai kepada banyak fahaman yang tersendiri. setiap fahaman mempunyai pemikiran yang berlainan. ada juga kalangan ulama yan memberi definisi ini secara umum yang meliputi semua kaedah iaitu kaedah usul, kaedah fiqh dan kaedah bahasa.
Berdasarkan jenis-jenis kaedah fiqh di atas yang diklasifikasikan oleh ulama’, kaedah am adalah kaedah yang disepakati oleh jumhur ulama’ yang seringkali menjadi rujukan hakim-hakim di Mahkamah Syariah.
KAEDAH FIQH PADA ISTILAH
Dari segi istilah, pelbagai pengertian telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun berbeza dari segi lafaz tetapi dari sudut makna ia hampir mempunyai persamaan :
1. Al-Zarkashi dan al-Isnawi : Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.
2. Al-Amidi : Ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far‘i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.
3. Al-Baji : Mengetahui hukum-hukum syarak.
4. Ibn Qudamah : Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk perbuatan seperti halal, haram, sah dan fasad.
5. Al-Shawkani : Mengetahui hukum-hukum syarak dengan dalil-dalil yang terperinci dengan cara beristidlal.
6. Al-Asmandi : Hukum hokum yang didaoati melalui syarak , bukannya daripada aqal .
PERANAN KAEDAH FIQH DI DALAM MEMUTUSKAN SESUATU KES
Peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes di mahkamah syariah merangkumi berbagai permasalahan dan isu yang diputuskan oleh mahkamah. Hakim-hakim Syarie telah mengguna pakai kaedah-kaedah fiqh di dalam membuat keputusan dan penghakiman. Di antara peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut: -
Kaedah fiqh sebagai sumber hukum
Pemakaian kaedah fiqh oleh hakim-hakim Mahkamah Syariah sebagai sumber hukum dapat diteliti di dalam undang-undang itu sendiri dan pemakaiannya di Mahkamah Syariah. Sebagai contoh kaedah ألعادة المحكمة yang bererti adat kebiasaan sebagai hukum yang menjadi asas kepada harta sepencarian di Malaysia. Meskipun istilah harta sepencarian tidak disebut dengan jelas di dalam Quran, Sunnah dan ilmu fiqh, namun Islam mengakui usaha lelaki dan perempuan dan mereka berhak untuk mendapatkan hak mereka tanpa batasan untuk apa yang telah mereka usahakan bersama sepanjang hidup mereka.
Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara’. Tafsiran tentang definisi harta sepencarian juga telah disebut dalam kes Hajjah Lijah Jamal v Fatimah Mat Diah, di mana Briggs J mendefinasikan sebagai "harta benda yang diperolehi selama tempoh perkahwinan seorang suami dan isteri dari sumber usaha mereka atau sumbangan mereka.
Isu harta sepencarian telah menjadi sangat penting dan menjadi hak untuk pasangan yang bercerai dan telah diiktiraf di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Pertimbangan tentang keupayaan dan sumbangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka menjadi asas utama pertimbangan hakim untuk menentukan jumlah bahagian yang wajar diperolehi oleh suami dan isteri tersebut. Sebagai contoh, kes Wan Mahattan v Haji Abdul Samat (Ipoh Civil Appeal No 27 dari 1925), menyatakan bahawa isteri yang bercerai berhak mendapat sepertiga tidak akan terhalang oleh perceraian tebus talak kecuali pertimbangan untuk melepaskan tuntutan itu sebagai harta sepencarian. Wanita yang bercerai itu mungkin mendapat saham yang lebih satupertiga menjadi satu setengah jika ia sebenarnya memberi sumbangan yang sepatutnya.
Kaedah fiqh sebagai hujah sokongan
Misalnya kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان yang bererti "asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya." Kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh keraguan اليقين لا يزول بالشاك. Ada beberapa ayat dari al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya:
Surah Yunus ayat 36:
وما يتبع أكثرهم الا ظنا ان الظن لا يغني من الحق شيئا ان الله عليم بما تفعلون
ُErtinya: "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (I’tiqad). Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan ."
Sebagaimana hadis nabi s.a.w:
اذا وجد احدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا
ُMaksudnya: "apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya kemudian timbul keraguan dengan sebabnya;apakah sesuatu telah keluar darinya atau tidak? Janganlah sesekali dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (ia dapati ada bukti batal wuduk) . "
Di dalam penghakiman hakim-hakim menggunakan kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان untuk menentukan status harta yang menjadi pertikaian misalnya dalam kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar v Mohd Ali bin Mohd Sah dan lain-lain di mana hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menentukan apakah harta itu jatuh di bawah wasiat atau pusaka. Di dalam kes ini hakim telah menggunapakai kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta pusaka untuk pembahagian menurut hukum faraid.
Pemakaian kaedah fiqh dapat juga dilihat di dalam kes Noraini binti Mokhtar v Abd. Halim bin Sama. Mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa harta itu adalah harta sepencarian telah menggunapakai kaedahالأصل بقأ ما كان على ما كان sebagai usaha bersama mereka selagi tiada bukti menunjukkan sebaliknya. Mengenai perbezaan hutang oleh pihak-pihak untuk memperoleh hak milik sebesar RM1000, hakim melihat ia harus ditanggung oleh pihak-pihak secara samarata dengan merujuk kepada kaedah (الخراخ بالضمن) yang bemaksud kerugian adalah sebagai kembali untuk mendapatkan keuntungan.
Mengenal pasti status individu
Kaedah ini biasanya digunapakai oleh hakim menentukan status orang yang didakwa dalam kes jenayah iaitu kaedah الاءصل براءة الذمة yang bermaksud asalnya seseorang itu bebas daripada tanggungjawab. Oleh itu dapat dibuat anggapan bahawa seseorang itu bebas dan tidak dipertanggungjawabkan kecuali dibuktikan dia melakukan sesuatu perbuatan itu.
Di dalam kes Pegawai Pendakwa MUIS v Adib Datuk Haji Said Besar Sigoh tertuduh telah didakwa melakukan zina tetapi dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwa gagal buktikan kes tersebut. Mahkamah berpendapat iqrar yang telah dibuat orang yang disabit bersalah zina tidak boleh digunakan untuk menghukum pihak tertuduh kerana kaedahالاصل براءة الذمة
Mahkamah juga menolak untuk menerima yang dibuat oleh tertuduh kerana dibuat diluar mahkamah.
Selain itu di dalam kes Pendakwa Syarie v Jaiman Masta @ Mastah & Jamidah Abdul Majid. Hakim bicara di dalam penghakimannya mengatakan bahawa pihak pendakwa telah gagal buktikan melampaui keraguan yang munasabah yang mana keterangan saksi pendakwa tidak menyokong satu sama lain. Hakim berpendapat bahawa hukumannya tidak boleh berdasarkan sesuatu yang meragukan sebagaimana kaedah الاءصل براءة الذمة yang memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak bertanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan kecuali dibuktikan dengan jelas bahawa melakukan perbuatan itu.
Mempertimbangkan prosedur yang akan digunapakai
Kaedah yang biasa digunapakai oleh mahkamah untuk pengecualian kepada prosedur yang biasa iaitu kaedahالمشقة تجلب التيسير bermaksudkesukaran membawa kemudahan. Sebagai contoh kes Haslinda binti Alias vs Johdi Matius Byrne @ Yahya bin Abdullah. Hakim bicara mengatakan bahawa undang-undang tidak membenarkan semua kes didengar secara ex-parte tetapi ada pengecualianberdasarkan kaedahالمشقة تجلب
التيسير dan surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud "... Sesungguhnya Allah memberi kemudahan kepada kamu, Dia tidak ingin melibatkan kamu dalam kesulitan ..." Hakim juga menyebutkan kaedah الضرر يزال bermaksudkemudaratan hendaklah dihilangkan.
Konsep kaedah fiqh juga telah diterapkan dalam Enakmen Tatacara Mal Selangor 2003. Sebagai contoh di bawah seksyen 121 mahkamah boleh tolak dan membuang kes jika ketidakhadiran pihak-pihak dalam perbicaraan atau meneruskan kes tanpa kehadiran pihak yang satu lagi. Kaedah yang bersesuaian bagi peruntukan ini ialah kaedah لا ينسب الي ساكت قول ولكن السكوت في معرض الحاجة الى البيان بيان bermaksud tidak dapat disandarkan sesuatu perkataan kepada orang diam, namun berdiam ketika memerlukan keterangan adalah keterangan.
Kaedah yang relevan adalahلا الضرر و لا الضرار bermaksud tidak ada mudarat dan tidak memudaratkan. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama bahagian tidak memudaratkan (لا الضرر) menunjukkan bahawa semua jenis kemudaratan harus dihindari dan semua tindakan yang diperlukan harus diambil untuk mencegah kemudaratan. Sedangkan yang kedua tidak akan memudaratkan (ولا ضرار) menunjukkan bahawa tidak boleh menyebabkan kemudaratan yang lebih teruk. Konsep ini telah digunapakai di dalam hal perkahwinan dan perceraian seperti fasakh dan poligami.
Dalam kes Ruzaini bin Hassan, hakim telah menolak permohonan plaintif untuk berpoligami. Hakim berpendapat, walaupun isteri pemohon telah bersetuju untuk pemohon bernikah seorang lagi, namun mahkamah harus mempertimbangkan dan melindungi kepentingan yang ada pada isteri dan anak-anak. Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami tetapi jika tidak diamalkan dengan baik harus dihindari berdasarkan kaedahدرء المفاسد اولي من جلب المصالح bermaksud menolak kerosakan lebih baik daripada mendapatkan manfaat. Hakim membuat kesimpulan bahawa memiliki baki gaji dalam tangan RM291.90 pemohon tidak mampu untuk berpoligami walaupun pemohon mendakwa bahawa dia secara fizikalnya mampu bernikah seorang isteri lagi.
KESIMPULAN
Berdasarkan kaedah tersebut, kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan. Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidupsempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.
PENGENALAN
Kami dari kumpulan 7 yang dianggotai oleh seramai 5 orang pemuda Aswaja Malaysia akan menerangkan tentang “konsep asas kaedah fiqh dan aplikasinya” dan tentang kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan serta kemudaratn hendaklah dihilamgkan .
Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari.
Terdapat tiga kaedah utama yang mendapat persetujuan di kalangan fuqaha.Salah satunya ialah kesukaran membawa kemudahan. Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambilkira. Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharianyang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.
Manusia mempunyai berbagaibagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hakhak orang lain. Jika jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya perasaan takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.
Ini membincangkan mengenai betapa syariat Islam mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada kemudaratan melalui kaedah “la dharar wa la dhirar.
MAKSUD FIQH
Pengarang kitab Adnur 'Ilm al-Fiqh wa Atwaruh berkata : perkataan fiqh di awal kebangkitan islam tidak hanya dikhususkan semata-mata kepada ilmu fiqh, bahkan perkataan ini dugunakan untuk kesemua cabang ilmu asas dalam Islam, sama ada yang berbentuk usul seperti aqidah atau pun furu' seperti fiqh, juga termasuk yang berkaitan dengan akhlak.
Manakala faqih pula dinisbahkan kepada seseorang yang menghafal ayat-ayat al-Quran serta memahami maknanya, tahu naskh mansukhnya, muhkam mustashabuh, 'umum, khusus, mutlaq atau muqayyad.
Pengertian Fiqh dai sudut Bahasa
Perkataan fiqh merupakan pecahan bagi kata dasar dan diulang sebanyak 20 kali dalam al-Quran.
Dari sudut bahasa maksudnya bergela sekitar memahami dan ilmu
a) al-Jirjani mentakrifkan fiqh sebagai : Memahami maksud
pertuturan seseorang
b) Pengarang Ensaiklopedia fiqh pula berkata fiqh ialah : Mengetahui sesuatu dan memahaminya dan cerdik tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu agama kerana kemulian ilmu ini.
c) Muhammad Mustafa Shalabi dalam bukunya al-Madkhal fi al- Ta'rif bi al-Fiqh al-Islami : berkata al-quran menggunakaan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu dengan mendalam.
HUBUNGAN FIQH DENGAN SYARIAH
Ramai di kalangan masyarakat awam yang keliru dengan perkataan fiqh dan juga syariah. Pengkaji akan menjelaskan secara ringkas perbezaan antara fiqh dengan syariah.
Dari sudut bahasa, syariah mempunyai beberapa maksud antaranya jalan yang lurus dan juga tempat manusia mencari sumber minuman. Kedua-dua makna tersebut mempunyai makna yang sama dengan syariah kerana kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menjadi tempat tumpuan manusia.
Firman Allah Ta'ala:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُون
Maksudnya:
“Kesudahannya kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utusan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”.
Manakala dari sudut istillah, syariah bermaksud ' hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah ke atas hambanya menerusi seorang Rasul. Hukum-Hukum yang diturunkan oleh Allah disebut sebagai syariat kerana lurusnya hukum tersebut dan sekali-kali tidak menyeleweng daripada jalannya. Perbezaan antara fiqh dengan syariah antaranya ialah:
Syariah merupakan suatu sistem atau perundanga yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadah atau muamalah.
Syariah lebih umum berbeza dengan fiqh yang lebih khusus kepada sesuatu masalah atau perbincangan seperti fiqh zakat, fiqh muamalat, dan sebagainya.
Syariah diwajibkan ke atas setiap manusia, adapun endapat mujtahid tidak diwajibkan ke atas yang lain bahkan tidak diwajibkan ke atas orang yang mengikutnya setelah ia memilih pendapat lain.
BENTUK KAJIAN
Contoh bentuk kajian. Antaranya ialah:-
· Kaedah Temu Bual
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandanganatau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual ini kami lakukan di kafe dan juga di kamsis lelaki
· Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan seperti majalah, buku rujukan, akhbar, jurnal dan maklumat di internet . Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan untuk laporan ini .
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Allah, Tuhan seru sekalian alam dengan keizinannya dapat kami selesaikan laporan ini yang bertajuk “konsep asas kaedah fiqh dann aplikasinya " dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana usaha Baginda, kita dapat hidup dengan nikmat iman dan Islam yang agung ini.
Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Adnan Bin Md Noor dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami serta rakan-rakan sekumpulan kami yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk terus berusaha mencapai cita-cita dalam menjayakan kerja kursus ini.
Dengan ini, kami telah bersepakat untuk memilih tajuk ini berikutan menariknya tentang sains dan teknologi islam yang disebut didalam Al-Quran. Justeru itu, sesungguhnya kajian ini telah dijadikan sebagai batu loncatan untuk menambah ilmu kami pada masa kini . Dengan ini, kami sekumpulan mempersembahkan hasil kerja kami ini, semoga dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat manusia untuk menguatkan lagi keimanannya ke atas Islam.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan serta pensyarah-pensyarah yang banyak membimbing kami sepanjang pengajian di Politeknik Mersing atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan mana yang buruk itu datangnya dari kesilapan kami sendiri. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina amat kami alu-alukan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua , Amin
Sekian , Terima Kasih .
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan projek ini dijalankan ialah :
· Mempelajari sains dan teknologi dan kejuruteraan islam dalam memberi impak yang maksima kepada kehidupan manusia dana lam sejagat
· Dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk ini
· Dapat mengaplikasi sains dan teknologi dan kejuruteraan islam dalam kehidupan seharian
· Kita dapat menambah ilmu supaya tidak terus leka dengan kurniaan Allah S.W.T dsan berlandaskan Al-quran dan hadis , para nabi kita .
· Dapat mendekatkan diri dengan Allah dan percaya bahawa sains , teknologi dan kejuruteraan berkait rapat dengan tauhid umat islam
PENGAJARAN
Terdapat beberapa pengajaran yang kami perolehi . Antaranya ialah :
§ Kita hendaklah sentisa mensyukuri nikmat Allah
§ Islam dan Sains sangat berkait rapat
§ Terdapat banyak dan berbeza pandangan tentang fiqh
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang saya dapati selepas menyiapkan tugasan ini ialah:
v Hanya 50% pelajar yang mengetahui tentang fiqh ini.
v Fiqh diguna pakai dalam menetukan situasi yang sukar
v Fiqh dapat menyelesaikan masalah kita dengan cara yang paling tepat
CABARAN YANG DIHADAPI
Terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi semasa menyiapkan tugasan ini .
.Antaranya ialah :
Segelintir pelajar tidak pernah dengar tentang fiqh ini.
Maklumat di internet yang bermacam-macam jenis
Percanggahan maklumat yang dapat dariapada internet