Monday, 21 March 2016

KUMPULAN 8 (KAEDAH FIQH)

                                                           KAEDAH FIQH

           Kaedah fiqh dari segi bahasa ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu isu tertentu . Manakala kaedah fiqh adalah prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

          Sebahagian ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah –kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang –cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

          Antara peranan dalam kaedah fiqh ialah memudahkan pemahaman terhadap   hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuteraan.Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan.Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

          Terdapat 5 konsep kaedah . Konsep kaedah yang pertama ialah setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuannya . Hadis riwayat Saidina Umar al-Khattab:
(انما اﻷعمال بالنيات وانما لكل امرء ما نوى )
           "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya                   
            kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".

       Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat, berpahala atau berdosa ,bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat darjat soleh atau amalan toleh,mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal , mendapat balasan syurga atau mendapat status reda ALLAH swt.
       Konsep kaedah yang kedua ialah  keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak . Firman Allah SWT dalam surah Yunus : 36
    
“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.

        Keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.segala usaha hendaklah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

       Konsep kaedah yang ketiga adalah kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan  dan keringanan . Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj : ayat 78
                              
“Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.

       Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :

1) Kekurangan
      Merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.
2) Jahil
      Hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia
      Atau suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar, namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.
3) Sakit
      Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.
4) Musafir
      Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya.
      Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu secara penuh.
5) Kelupaan atau terlupa
      Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.
      Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang puasa makan pada siang hari bila ia terlupa
6) Paksaan
      Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat
7) Umumul Balwa
      Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut.
      Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.
       
        Antara konsep rukhsah(kelonggaran) yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara – perkara berikut :

            A)    Pengguguran
     Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran.
     Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat.
B)    Pengurangan
     Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara.
     Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
C)    Penggantian
     Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain.
     Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk.

           Penerangan kaedah bagi yang ketiga ini ialah Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah terpakai.Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah.Kaedah ini digunakan apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.

           Kebenaran untuk menggunakan segala rukhsah adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku.Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebutPemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.

            Konsep kaedah yang keempat pula ialah kemudaratan hendaklah dihilangkan . Hadis Rasulullah SAW oleh Imam Suyuti :

“Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”.

               Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.Penerangan bagi kaedah keempat ini ialah Menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan (mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan).Membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang  aurat   wanita sekadar yang perlu Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan .
                  Konsep kaedah yang terakhir ialah adat dijadikan sebagai rujukan hukum. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.
   Adat : sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia.
      Uruf : sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan.

Pembahagiaan adat / uruf :-

1) Adat Am :
       kebiasaan yang diterima umum
       Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.
2) Adat Khusus :
       sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu.
       Contohnya kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang
3) Adat Sahih :
       Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat
       Contohnya pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin.
4) Adat Fasid  atau Rosak :
       Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat.
       Contohnya menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.

            Penerangan konsep kaedah bagi yang terakhir ini ialah Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.Syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah :-

a) Uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam jumaat.
b) Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang putus [Qat’i]

              Kesimpilanya, Kaedah-kaedah fiqh itu terdiri dari banyak pengertian, kerana kaedah itu bersifat menyeluruh yang meliputi bagian-bagiannya dalam erti biasa diterapkan kepada juz’iyatnya (bagian-bagiannya).  Salah satu manfaat dari adanya kaedah fiqh, kita akan mengetahui prinsip-prinsip umum fiqh dan akan mengetahui pokok masalah yang mewarnai fiqh dam kemudian menjadi titik temu dari masalah-masalah fiqh. Sebagai pelengkap, bahwa kaidah fiqh digunakan sebagai dalil setelah menggunakan dua dalil pokok, yaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebagai dalil mandiri, bahawa kaedah fiqh digunakan sebagai dalil hukum yang berdiri sendiri, tanpa menggunakan dua dalil pokok. Makalah ini hanya manusia yang jangkal ilmunya. Maka dari itu para pembaca yang ingin mendalami masalah Qawaidul Fiqhiyah, haruslah membaca sumber-sumber lain yang lebih sempurna, tidak hanya sebatas membaca ini sahaja.

No comments:

Post a Comment